Tabungan

15 November 2016

Suara hati ibu kepada anak autism ::seperti yang di pos dalam facebook::

Salam.
Teringin nak share sesuatu kat sini.

Saya ibu kepada seorang anak perempuan (oku: masalah pembelajaran).
Anak saya orangnya cantik, nampak normal tapi yelah - autisme.

Saya nak kongsi pengalaman saya menguruskan kemasukan sekolah tahun 1 dia pada tahun hadapan.

Setelah naik turun sekolah dan JPN, akhirnya saya dapat bawa Cha untuk assesment.

Kata2 yang saya ingat dari Puan tersebut:-
"Puan harus bersyukur. Ini anak syurga. Puan dipilih untuk menjaga anak syurga. Saya tahu bukan senang. Bukan senang nak jaga anak yang istimewa. Puan kena banyak bersabar dan mula serta kumpulan sokongan ibubapa autism agar puan suami dan isteri terus kuat untuk jaga dia".

Saya ni hati tisu. Hampir2 nak menitis air mata bila puan tersebut kata begitu.

Yelah di saat anak orang berbalas sembang, kita hanya mampu mengiya atau bersembang satu hala saja.

Di saat anak orang dah boleh buat ujian linus, kita susah hati memikirkan macam mana dia nak buat ujian tu nanti.

Paling terkesan buat saya, masa graduation day dia tempoh hari, Cha sendiri tak tahu apa yang dia buat atas pentas tu.
Mesti dia sendiri pun pelik, kenapa kena buat persembahan, kenapa kena beratur ambik buku dan tangkap gambar.

Seriously... dia tak tahu semua tu.

Yang dia tahu, mak ayah dia ada di tempat duduk jemputan pegang kamera sambil lambai pada dia.

Allah Maha Besar.
Semoga umur ku panjang dan dapat terus menjaga amanah ini.

:)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...