Tabungan

15 February 2013

Rhema Music Enterprise - Wanita Mutalib pengganti Najwa Latif?

Saya dah ada gitar sendiri. Yeay!
Pandai main? Tak ar! Hahaha. Tapi kalau kau orang minta lagu, memang bolehlah aku usahakan hahaha.

Okey, aku taknak cerita pasal aku. Tapi aku nak cerita pasal kedai muzik ni - Rhema Music Enterprise.

Sebenarnya aku dah survey satu kedai muzik dekat Mid Valley. Gitar paling murah dia boleh bagi pada aku ialah gitar yang berharga RM198. Totally off my budget hahaha. Sebab pada aku, aku bukan terror sangat pun main gitar. Baru nak bertatih-tatih, jadi tak perlulah yang mahal. Walaupun, sebenarnya memang gitar ada banyak kategori yang aku sendiri confuse masa Ayop dengan Adik cerita, aku buat-buat macam faham saja. Yang penting, aku boleh dapat sebiji gitar yang aku boleh main bila duduk berdua dengan Qalesya hehe.

Oleh kerana dah kecewa dekat kedai di Mid Valley tu, lepas kerja semalam kami (aku dan Nazri) sambung misi kami mencari Gitar kami yang pertama. Aku Google dalam Internet dan aku jumpa kedai ni - Rhema Music Enterprise. Memang tak tunggu lama, terus aku, Nazri dan Cha tuju sana.

Alhamdulillah, senang sangat nak cari. Memang betul-betul sebelah Plaza Metro Kajang, berhadapan dengan CIMB Bank. Kedai dia tingkat 1. Tingkat 2 pula ada kelas muzik.

Yang entertain aku semalam ialah seorang budak India. Sangat-sangat membantu. Sabar sangat layan aku yang tak faham apa ni. Last-last aku minta gitar yang paling murah dia boleh bagi pada aku sebab aku beginner saja, dan dia suggest gitar Kapok. Brand pun Kapok. Hahaha. Mula-mula dia tunjuk warna hitam. Serius cantik. Aku dah berkenan gila. Bagitau harga pulak RM140 saja. Macam dah best sangat. Sempat la try dua tiga lagu yang Ayop pernah ajar. Oke best!

Aku minta kurang. Dia taknak bagi sebab kononnya harga sebenar ialah RM180. Padahal aku tengok dekat gitar tu memang terang-terang dia tampal RM140. Kenapa tak tampal saja RM180 kan. Tapi sebab aku dah malas nak deal, Qalesya pun dah meraung-raung sebab nak usik semua instrumen dalam kedai tu, Nazri pun dah berpeluh-peluh kejar Qalesya, jadi aku terus terima saja.

Tapi, instead of black, aku tanya warna apa lagi ada. Dia tunjuk biru dan merah. Of course aku berkenan biru. Biru dia pun biru turqoise. Serius sangat sweet. (Tapi kalau ada pink memang aku ambil pink, haha!) Masa nak bayar, yang jaga kedai tu, Mr.Joseph dia cek gitar biru tu, tapi dia kata yang tu lantainya tinggi, so bunyi tak sedap, dia akan hantar balik kilang, dia taknak customer dia beli barang tak elok. So dia cek gitar merah, dan dia kata yang ini sesuai, bunyi pun sedap. Dia main depan aku, memang ada beza bunyi dua gitar tu. Aku pun setuju, merah pun merahlah, lagipun bukan ke merah tu keluarga pink! Hahaha.

Jadinya dapatlah aku sebiji gitar semalam yang aku namakan, Red Bean! Hik hik.

Thanks Mr.Joseph, you are really helpfull! So bagi sesiapa area Putrajaya, Bangi, Kajang atau even Semenyih yang nak beli barang muzik, bolehlah ke kedai Rhema Music Enterprise. InshaAllah you guys akan dapat layanan yang baik daripada mereka.

Orang berjiwa muzik ni memang lembut kot orangnya kan?

nampak tak ada satu gitar turqoise sebelah gitar hitam lain tiga dari depan.
sepatutnya nak ambil yang tu, tapi ada defect kan.
so ambil yang merah.
yang dalam gambar bawah ni.
hik hik.


presenting to you - Wanita Mutalib.
hik hik hik.






4 comments:

  1. waaah pasni leh la nyanyi satu lagu sambil petik gitar pastu uplod kat youtube, hehe..

    ReplyDelete
  2. banyaknya gitar???Salam perkenalan.. jom follow blog saya balik..:)

    ReplyDelete
  3. akak meh MUKA haluih nak pinjam.. dah lame tringin nk beli gitar.. huhu.. tapi belom ade rezeki lg.. dahulukan mne yg lbh penting..

    ReplyDelete
  4. dulu ada juga drums dekat sana. mana pergi semua?

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...